Tindak balas Alkohol

Esterifikasi

Alkohol dan asid karboksilik bertindak balas dalam suatu reaksi iaitu pengesteran Fischer (Fischer esterification). Tindak balas ini biasanya memerlukan bahan pemangkin - seperti asid sulfurik pekat misalnya:

R-OH + R'-CO2H → R'-CO2R + H2O

Pengoksidaan

Alkohol primer (R-CH2OH) boleh dioksidakan kepada aldehid (R-CHO) atau asid karboksilik (R-CO2H). Alkohol sekunder (R1R2CH-OH) melalui proses yang sama dan terhasil menjadi keton (R1R2C=O) sebagai produk akhir. Alkohol tertier (R1R2R3C-OH) pula kuat menangkis proses ini lalu tidak terjejas sekalipun.